Saturday

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PELAYAR ALAM MAYA.

SEDIKIT SEBANYAK MENGENAI LAMAN MAYA INI.

TERLEBIH DAHULU UCAPAN TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI RUANGAN INI..

QURANIC HOME BASED (BELAJAR AL-QURAN DI RUMAH).

Belajar ngaji suatu perkataan yang tidak asing lagi di kalangan kita orang islam. Bila di sebut 'NGAJI QURAN' terus terbayang ustaz /ustazah yang sedang pegang rotan menanti /mengamati bacaan Al-Quran kita.. Tersalah sikit terus di hentak rotan di lantai..Tapi itulah realiti belajar Al-Quran bagi golongan yang terdahulu/lebih lama daripada sekarang. Tidak dinafikan jasa dan perngorbanan para tok guru ngaji terdahulu yang banyak jasanya kepada kita semua.
 

Sekarang Revolusi /kaedah pengajaran/pembelajaran Al-Quran kian berubah mengikut masa dan perubahan zaman. Jika suatu zaman dahulu, untuk mencari seorang guru Al-Quran adalah teramat susah, dalam sesebuah kampung/ daerah hanya terdapat satu atau dua orang sahaja guru Al-Quran.
 
Dengan pesatnya peredaran masa, tempat belajar Al-Quran sedikit berubah daripa dicorot kampung berkembang kepada di premis-premis ataupun rumah khas yang menyediakan khidmat mengaji. Dalam setiap kawasan atau tempat terdapat lebih dari satu tempat mengaji Al-Quran.Alhamdulillah...
 
Tidak setakat itu, misi untuk memandaikan umat dalam ilmu Al-Quran berkembang dengan jayanya apabila lahirnya satu cara atau platform mudah untuk belajar Al-Quran yang dikenali QURANIC HOME BASED atau belajar Al-Quran di rumah. Guru mengajar Al-Quran yang terdiri daripada Ustaz/Ustazah yang terlatih menawarkan kaedah belajar A-Quran di rumah sendiri.
 
Tenaga pengajar akan ke rumah pelajar untuk mengajar ngaji A-Quran. Banyak kelebihan dan keistimewaan program ini.. Permintaan daripada masyarakat kian bertambah dari masa ke semasa.
 
Daripada kesedaran tentang pentingnya Al-Quran kepada kita semua, maka lahilah perkhidmatan Home Quran Jom Ngaji ini..salah satu platform mudah untuk masyarakat pandai Al-Quran.InshaAllah.. Sudah hampir 3 tahun kami dalam medan ini.
 
MOGA PROGRAM/USAHA INI MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA PEMBACA SEMUA.
 
 

No comments:

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PELAYAR ALAM MAYA. SEDIKIT SEBANYAK MENGENAI LAMAN MAYA INI. TERLEBIH DAHULU UCAPAN TERIMA KASIH KERANA SIN...