SEDIKIT SEBANYAK MENGENAI LAMAN MAYA INI.
TERLEBIH DAHULU UCAPAN TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI RUANGAN INI..
QURANIC HOME BASED (BELAJAR AL-QURAN DI RUMAH).
Belajar ngaji suatu perkataan yang tidak asing lagi di kalangan kita orang islam. Bila di sebut 'NGAJI QURAN' terus terbayang ustaz /ustazah yang sedang pegang rotan menanti /mengamati bacaan Al-Quran kita.. Tersalah sikit terus di hentak rotan di lantai..Tapi itulah realiti belajar Al-Quran bagi golongan yang terdahulu/lebih lama daripada sekarang. Tidak dinafikan jasa dan perngorbanan para tok guru ngaji terdahulu yang banyak jasanya kepada kita semua.